Sunday 27 November 2011

“RODA IMPIAN” MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKUKATA KV+KV DI KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH MENGIKUT KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN



ABSTRAK
Pengalaman mengajar di kelas prasekolah selama hampir 11 tahun menemukan saya dengan pelbagai ragam murid dan pelbagai masalah pembelajaran. Antara masalah utama yang biasa dihadapi ialah murid tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dan membatangkan perkataan yang terdiri daripada sukukata kvkv walaupun sudah boleh membunyikan sukukata kv. Contohnya murid boleh membunyikan sukukata ku dan sukukata da tetapi membaca dan menyebut dada atau lada bukannya  kuda.

Saya tercari-cari apakah teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah murid-murid yang cepat lupa dan sukar mengingat kerana melalui pemerhatian yang saya jalankan mereka ini sebenarnya menghadapi masalah tersebut iaitu sukar mengingati bunyi sukukata pertama. Oleh sebab itullah murid tidak menguasai kemahiran membaca perkataan kv+kv  walaupun telah menguasai kemahiran mengenal sukukata kv. Akhirnya saya terfikir untuk menggunakan teknik roda impian yang diilhamkan dari   program tv kesukaan ramai itu. Perancangan tindakan difokuskan kepada penggunaan teknik  ‘Roda Impian ‘ untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja kv+kv. Murid telah didedahkan kepada teknik ‘roda Impian’  selama lebih kurang 3 bulan. Keputusan rekod penilaian membaca sukukata telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan temubual pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar  mengeja sukukata.                    
                                                                                                                             
                                                                                                                   
1.1   OBJEKTIF AM
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membaca di  kalangan murid-murid  prasekolah .


1.2   OBJEKTIF KHUSUS

  • Membantu meningkatkan kemahiran murid dalam mengeja KV+KV.
  • Menimbulkan minat murid-murid dalam  menguasai kemahiran membaca melalui aktiviti p&p yang menyeronokkan iaitu belajar sambil bermain.
  • Melahirkan murid-murid yang yakin dengan diri sendiri dan berfikiran secara kreatif dan kritis.
  • Mengubah amalan P&P guru dengan mewujudkan suasana P&P yang lebih ceria dan harmonis.
  • Melahirkan rasa ingin tahu murid apabila berinteraksi dengan bahan yang lain dari kebiasaan.
  • Menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan.
  • Membolehkan guru menggunakan bahan bantu mengajar berulangkali kerana bahan yang digunakan tahan dan tidak mudah rosak.
  • Kad gambar dan kad sukukata boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian.

Sesi  rawatan

Saya menggunakan ‘roda impian’ ini sebagai bahan bantu mengajar untuk sesi rawatan

 bagi murid-murid bermasalah ini.. Semasa sesi rawatan ini, murid menjalankan aktiviti  

‘roda impian’  di mana ia mengandungi sukukata dan gambar. Sesi rawatan ke atas

murid yang terpilih ini ialah dengan  mengadakan sesi mengeja kv+kv secara berulang

sebagai peneguhan mereka.



Analisis sesi rawatan

          Murid telah menunjukkan peningkatan yang positif. Hal ini kerana teknik bermain ‘ Roda Impian’ ini adalah amat sesuai dengan tahap perkembangan  murid prasekolah kerana murid menemui jawapan melalui  gamgar-gambar  yang disertakan bersama kad sukukata. Kad-kad gambar dan kad-kad sukukata ini  dapat menarik perhatian murid prasekolah. Sesi rawatan ini dapat dilakukan secara berulang kali sebagai peneguhan kepada murid sasaran.

          Dapatan ujian menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun perkembangan mengeja murid sasaran adalah mengambil masa yang agak lama, mereka masih mampu menguasai kemahiran  mengeja kerana di bantu oleh ‘Roda Impian’ yang mengandungi gambar berwarna-warni yang menarik perhatian  mereka.


                   PELAKSANAAN TEKNIK ‘RODA IMPIAN’                                                                                                          

Langkah 1
-       Latih tubi menyebut dan mengeja sukukata kv
-       Murid  menulis sukukata kv yang disebut oleh guru.

Langkah 2
-       Murid memadankan sukukata pertama dan sukukata keduamembentuk perkataan kv + kv berdasarkan gambar pada roda impian.
-         Latihan mengeja dan menyebut perkataan yang telah dihasilkan.

Langkah 3
-    Sukukata pertama telah diberikan. Murid mencari dan memadankan suku kata yang kedua berdasarkan gambar pada roda impian.
-         Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan kv + kv yang telah dilengkapkan.
-      Latihan iaitu melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad suku kata kv pada ’roda impian’.
-  Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar. ( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA )
                                                                                                                       
Langkah 4
-       Sukukata kedua telah diberi, murid mencari dan memadankan sukukata yang pertama berdasarkan gambar pada roda impian.
-        Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang telah dilengkapkan.
-      Latihan melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad sukukata kv  pada ’roda impian’.
-  Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar.( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA )

Langkah 5
-       Murid mengisi tempat kosong dengan ejaan yang betul berdasarkan gambar.  ( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA )

Akhir sekali,  saya membuat ujian membaca kepada murid sasaran bagi mengetahui tahap perkembangan kemahiran mengeja kv+kv.
                                                                                                                         

REFLEKSI KAJIAN
            Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik bermain ‘Roda Impian ‘ banyak membantu murid prasekolah meningkatkan  kemahiran mengeja sukukata kv+kv. Murid dapat membina keyakinan diri , daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan.
            Saya yakin teknik bermain  ’Roda Impian’ dapat membantu meningkatkan kemahiran mengeja  sukukata  kv+kv dan seterusnya sukukata yang lebih sukar lagi. Ianya tidak terikat kepada sukukata kv+kv sahaja kerana  kad –kad boleh ditukar  dan boleh dipelbagaikan sukukatanya mengikut tahap perkembangan kemahiran murid.


2.0   CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

Terus menggunakan  teknik bermain ‘Roda Impian’ untuk murid yang mempunyai tahap perkembangan yang lemah untuk meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca sukukata yang lebih susah seperti kv+kvk, kvk+kv, kvk+kvk dan seterusnya.  Menyediakan satu modul penggunaan ‘Roda Impian dalam P&P yang lebih terancang dan  teratur.


Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.


                                         CONTOH LEMBARAN KERJA


Nama:_____________________________________       Kelas:___________________

Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi
                    perkataan.

Arahan:  Lengkapkan ejaan berdasarkan gambar.   
                                                                                                                                                                                                   

                          
                      bo__


     ki__


             


   ku__










          ro__




     gu__








  


CONTOH LEMBARAN KERJA


Nama:_____________________________________       Kelas:___________________

Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi
                    perkataan.

Arahan:  Lengkapkan ejaan berdasarkan gambar.        


                                                                                                                                                                                              

            __la



  __wi




    


__da








__ti














 ____ru






CONTOH LEMBARAN KERJA


Nama:_____________________________________       Kelas:___________________

Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi
                    perkataan.

Arahan:  Tuliskan ejaan berdasarkan gambar.                   
                                                                                                                                                                                   


  •             ____
         



  •            ____




____

____


____
  

No comments:

Post a Comment