Tuesday 29 November 2011

MY preschool


I am a teacher
I teach my children                                 
I teach the ABC

I am a mother
I feed and nourish them
I touch and love them
I look after them as mine

I am a coach
I play with them
I train with them
I make them better in sports

I am not an actor
I do teach them acting
I do teach them dancing
I do teach them singing

They make me happy 
They make me sad
They mean a lot to me


I feel as if they are mine 
I feel i am teaching them
I feel  i am training them
I feel i am developing them
But at last, i am the one learning

I am but a teacher
I am but a mother
I am but a coach
I am what i am..

Sunday 27 November 2011

“RODA IMPIAN” MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKUKATA KV+KV DI KALANGAN MURID-MURID PRASEKOLAH MENGIKUT KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN



ABSTRAK
Pengalaman mengajar di kelas prasekolah selama hampir 11 tahun menemukan saya dengan pelbagai ragam murid dan pelbagai masalah pembelajaran. Antara masalah utama yang biasa dihadapi ialah murid tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dan membatangkan perkataan yang terdiri daripada sukukata kvkv walaupun sudah boleh membunyikan sukukata kv. Contohnya murid boleh membunyikan sukukata ku dan sukukata da tetapi membaca dan menyebut dada atau lada bukannya  kuda.

Saya tercari-cari apakah teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah murid-murid yang cepat lupa dan sukar mengingat kerana melalui pemerhatian yang saya jalankan mereka ini sebenarnya menghadapi masalah tersebut iaitu sukar mengingati bunyi sukukata pertama. Oleh sebab itullah murid tidak menguasai kemahiran membaca perkataan kv+kv  walaupun telah menguasai kemahiran mengenal sukukata kv. Akhirnya saya terfikir untuk menggunakan teknik roda impian yang diilhamkan dari   program tv kesukaan ramai itu. Perancangan tindakan difokuskan kepada penggunaan teknik  ‘Roda Impian ‘ untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja kv+kv. Murid telah didedahkan kepada teknik ‘roda Impian’  selama lebih kurang 3 bulan. Keputusan rekod penilaian membaca sukukata telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan temubual pula menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar  mengeja sukukata.                    
                                                                                                                             
                                                                                                                   
1.1   OBJEKTIF AM
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membaca di  kalangan murid-murid  prasekolah .


1.2   OBJEKTIF KHUSUS

  • Membantu meningkatkan kemahiran murid dalam mengeja KV+KV.
  • Menimbulkan minat murid-murid dalam  menguasai kemahiran membaca melalui aktiviti p&p yang menyeronokkan iaitu belajar sambil bermain.
  • Melahirkan murid-murid yang yakin dengan diri sendiri dan berfikiran secara kreatif dan kritis.
  • Mengubah amalan P&P guru dengan mewujudkan suasana P&P yang lebih ceria dan harmonis.
  • Melahirkan rasa ingin tahu murid apabila berinteraksi dengan bahan yang lain dari kebiasaan.
  • Menggalakkan murid berinteraksi dengan bahan.
  • Membolehkan guru menggunakan bahan bantu mengajar berulangkali kerana bahan yang digunakan tahan dan tidak mudah rosak.
  • Kad gambar dan kad sukukata boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian.

Sesi  rawatan

Saya menggunakan ‘roda impian’ ini sebagai bahan bantu mengajar untuk sesi rawatan

 bagi murid-murid bermasalah ini.. Semasa sesi rawatan ini, murid menjalankan aktiviti  

‘roda impian’  di mana ia mengandungi sukukata dan gambar. Sesi rawatan ke atas

murid yang terpilih ini ialah dengan  mengadakan sesi mengeja kv+kv secara berulang

sebagai peneguhan mereka.



Analisis sesi rawatan

          Murid telah menunjukkan peningkatan yang positif. Hal ini kerana teknik bermain ‘ Roda Impian’ ini adalah amat sesuai dengan tahap perkembangan  murid prasekolah kerana murid menemui jawapan melalui  gamgar-gambar  yang disertakan bersama kad sukukata. Kad-kad gambar dan kad-kad sukukata ini  dapat menarik perhatian murid prasekolah. Sesi rawatan ini dapat dilakukan secara berulang kali sebagai peneguhan kepada murid sasaran.

          Dapatan ujian menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian murid. Walaupun perkembangan mengeja murid sasaran adalah mengambil masa yang agak lama, mereka masih mampu menguasai kemahiran  mengeja kerana di bantu oleh ‘Roda Impian’ yang mengandungi gambar berwarna-warni yang menarik perhatian  mereka.


                   PELAKSANAAN TEKNIK ‘RODA IMPIAN’                                                                                                          

Langkah 1
-       Latih tubi menyebut dan mengeja sukukata kv
-       Murid  menulis sukukata kv yang disebut oleh guru.

Langkah 2
-       Murid memadankan sukukata pertama dan sukukata keduamembentuk perkataan kv + kv berdasarkan gambar pada roda impian.
-         Latihan mengeja dan menyebut perkataan yang telah dihasilkan.

Langkah 3
-    Sukukata pertama telah diberikan. Murid mencari dan memadankan suku kata yang kedua berdasarkan gambar pada roda impian.
-         Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan kv + kv yang telah dilengkapkan.
-      Latihan iaitu melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad suku kata kv pada ’roda impian’.
-  Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar. ( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA )
                                                                                                                       
Langkah 4
-       Sukukata kedua telah diberi, murid mencari dan memadankan sukukata yang pertama berdasarkan gambar pada roda impian.
-        Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang telah dilengkapkan.
-      Latihan melengkapkan ejaan berdasarkan gambar menggunakan kad-kad sukukata kv  pada ’roda impian’.
-  Latihan bertulis iaitu melengkapkan ejaan dengan menulis sukukata tertinggal berdasarkan gambar.( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA )

Langkah 5
-       Murid mengisi tempat kosong dengan ejaan yang betul berdasarkan gambar.  ( RUJUK CONTOH LEMBARAN KERJA )

Akhir sekali,  saya membuat ujian membaca kepada murid sasaran bagi mengetahui tahap perkembangan kemahiran mengeja kv+kv.
                                                                                                                         

REFLEKSI KAJIAN
            Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik bermain ‘Roda Impian ‘ banyak membantu murid prasekolah meningkatkan  kemahiran mengeja sukukata kv+kv. Murid dapat membina keyakinan diri , daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan.
            Saya yakin teknik bermain  ’Roda Impian’ dapat membantu meningkatkan kemahiran mengeja  sukukata  kv+kv dan seterusnya sukukata yang lebih sukar lagi. Ianya tidak terikat kepada sukukata kv+kv sahaja kerana  kad –kad boleh ditukar  dan boleh dipelbagaikan sukukatanya mengikut tahap perkembangan kemahiran murid.


2.0   CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

Terus menggunakan  teknik bermain ‘Roda Impian’ untuk murid yang mempunyai tahap perkembangan yang lemah untuk meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca sukukata yang lebih susah seperti kv+kvk, kvk+kv, kvk+kvk dan seterusnya.  Menyediakan satu modul penggunaan ‘Roda Impian dalam P&P yang lebih terancang dan  teratur.


Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.


                                         CONTOH LEMBARAN KERJA


Nama:_____________________________________       Kelas:___________________

Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi
                    perkataan.

Arahan:  Lengkapkan ejaan berdasarkan gambar.   
                                                                                                                                                                                                   

                          
                      bo__


     ki__


             


   ku__










          ro__




     gu__








  


CONTOH LEMBARAN KERJA


Nama:_____________________________________       Kelas:___________________

Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi
                    perkataan.

Arahan:  Lengkapkan ejaan berdasarkan gambar.        


                                                                                                                                                                                              

            __la



  __wi




    


__da








__ti














 ____ru






CONTOH LEMBARAN KERJA


Nama:_____________________________________       Kelas:___________________

Kemahiran: BM(3.5.3) membatang dua sukukata terbuka KVKV untuk menjadi
                    perkataan.

Arahan:  Tuliskan ejaan berdasarkan gambar.                   
                                                                                                                                                                                   


  •             ____
         



  •            ____




____

____


____
  

Wednesday 23 November 2011

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  

1.     Pengesanan  Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas
  • Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik
  • Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang untuk memenuhi keperluan murid – murid yang berbeza.
  • Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza
  • Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik darjah adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh – akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi.
  • Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan  dalam bilik darjah.
  • Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing kanak-kanak keperluan khas.

    
1.1 Keperluan Khas

·        Limitation on a person’s functioning restricts the individual activities.
·        Sensory and physical disabilities
- visual ( vision problem ) 
- hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral – membaca bibir) atau pendekatan manual – isyarat tangan )
·        Physical  disorders
-  cerebral palsy  ( spastic)
-  epilepsy
·        Mental  retardation
-  masalah mental ( intelektual) /  IQ rendah
·        Speech and language disorders
-  masalah menyebut perkataan
-  masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )
- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)          
- masalah memahami arahan secara oral
- masalah memberi respon  dalam komunikasi
- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi
·        Emotional and behavioral disorders
- masalah pergaulan
- autisme
- agresif
- kemurungan ( mood disorder)
- ketakutan  ( fear)
- cemas ( anxiety)
·        Kanak-kanak pintar cerdas
- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain
   ( 120 > lebih )
-         menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain
-         lebih berdikari dalam aktiviti p & p
-         mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p
-         mempunyai kepimpinan
-         dll

1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh
·        Faktor genetic
·        Persekitaran
·        Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran  biasanya:
a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain
          b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau      lebih mata pelajaran akademik
          c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya

1.3 Pengesanan (Screening)

Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan semasa sesi p & p di bilik darjah .

1.4 Proses Pengesanan

·        Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas
·        Mengumpul maklumat  
-         kesihatan  kanak-kanak
-         kesihatan ibu bapa
-         penglihatan, pendengaran, tingkah laku  dll
·        Memproses maklumat / data
·        Menganalisis maklumat  / data
·        Mengambil tindakan susulan
·        Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat  (periodical)

1.5 Alat Pengesanan

·        Ujian khas menggunakan instrument
-         Debver Developmental Screening Test (DDST) – lahir-6 tahun
-         Batelle Developmental Inventory (BDI) – lahir – 8 tahun
-         Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R)
-         DIAl-R
-         BRIGANCE  K and 1 – prasekolah – tahun 1
·        Pemerhatian
-         senarai semak
-         rekod anekdot
-         rekod berterusan
-         time sampling
-         soal selidik ibu bapa / penjaga
·        Portfolio murid-
         -    Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,
              sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk
              melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,
              motor halus, sosial dan kognitif)
-         hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio.
·        Kesihatan ibubapa murid



2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan 
·        pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu
·        soalan-soalan yang perlu difikirkan ..
-         kenapa pemerhatian itu dijalankan
-         apakah objektif yang hendak dicapai
-         apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)
-         apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan
     ( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,
       bahasa, tingkahlaku  bermasalah, kesihatan …)
-         bagaimana merekod maklumat
-         siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak ..)
-         bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot ..)
-         apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian
-         terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?
-         Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian
-event sampling – perlukan masa yang lama
                   - time sampling – masa yang pendek sahaja

2.1                         Matlamat pemerhatian
          -    Antara matlamat membuat pemerhatian :
-         sebagai satu latihan professional
-    pengalaman
-         mengenalpasti tingkah laku kank-kanak
-         membuat keputusan  contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat permainan, ruang dll
-         keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
·        Objektif pemerhatian perlulah  bersesuaian dengan persekitaran dan  sumber

2.2 Pendekatan pemerhatian
·        Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :
-         participant observation – terlibat dengan sample
-         without being seen – behind mirror
-         in distance – present in the situation
-         jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid
pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.
2.3  Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian
·        sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak
·        personaliti pemerhati
·        pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll

2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian
·        memilih kedudukan  yang sesuai
·        membuat catatan

2.5 Ralat dalam pemerhatian

·        silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku
·        tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)
·        menambah maklumat yang tidak wujud
·        keletihan dalam pemerhatian
·        gangguan cth .  bunyi dari persekitaran
·        ketidak selesaaan
·        personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)
·        sikap bias  ( biases) dalam pemerhatian
·        kesesuaian tempat / situasi

2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan
    
          Kumpulan
sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat
  yang sama   dan homogeneous  ( umur dan tahap
  perkembangan )
sulit mencatat perbualan
- sesuai menggunakan rakaman video
- untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti
  sepanjang masa.
- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam
  kumpulan dan bukan individu .

Komponen kumpulan
·        karakter ahli kumpulan ( member characteristic) – umur , bangsa ,  etnik , budaya dan agama .
             - ianya mempengaruhi output  aktiviti dalam   
               kumpulan .
·        tingkah laku ahli  ( member behavior)
·        tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara ahli  kumpulan sebagai satu sistem ( norma)
              
2.7 Langkah-langkah pemerhatian
·        tentukan perkara yang hendak diperhati
·        merekod maklumat dengan lengkap
·        merekod serta merta semasa pemerhatian
·        hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja
·        rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi
·        rekod peristiwa positif dan negative

2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)
·        kaedah bermaksud ‘ how to do it '  dan seluruh proses yang terlibat dengan pemerhatian, prosedur  pemerhatian
- tingkah laku – behavior
          - setting dan situation
·        normal dan tidak formal
-         normal – dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik
-         tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa

Teknik / kaedah  merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku

·        penulisan narrative ( narrative description)
-         menggunakan huraian yang panjang dan terperinci
-         on the spot
-         khusus kepada tingkah laku
-         tanpa gangguan,  interpretasi  atau penilaian
-         boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian terus
-         cth:
        
                   masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan lain tiba di sekolah . Ia meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah rak beg dan melihat  rakan-rakannya . Ia melihat rakan dan keadaan persekitaran bilik darjah. Ia tidak bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerakkan matanya selama ia berdiri dan melihat terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti dalam bilik darjah .
tamat : 9.22 pagi

               
              kebaikan penulisan narrative
-         gambaran penuh tentang peristiwa sebenar
-         menjadi data mentah yang boleh diguna semula
-         mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian
           kelemahan
-         memerlukan masa dan tenaga yang lama
-         data perlu diproses untuk mendapat maklumat
-         teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan tingkah laku
-         memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati

·        time sampling
-         pemerhati mencari satu masa tertentu  dan tingkah laku yang sesuai untuk dijadikan sample
-    pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu tingkahlaku berulang / berlaku .
     Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh , bertengkar dan  panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu merupakan 'samples'
-    Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhatikan . .
-         cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat pemerhatian.
-         biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan semasa membuat pemerhatian .
          kebaikan
-         mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku
-         tidak memerlukan belanja tinggi
-         jimat masa
-         data mempunyai kebolehpercayaan tinggi
·        event sampling
-         pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample  untuk diperhati  semasa membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial
-   Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan oleh murid semasa time sampling dilakukan.
-   Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hendak diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis.
-         maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding
     ( senarai semak )
-         catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian
-         tingkah laku yang tidak menjadi  focus tidak diambil kira ( senarai semak ) , namu jika menggunakan  penulisan naratif semua perkara perlu dicatat
  •   rekod anekdot
-         maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung oleh guru lain.
-         melalui pemerhatian terus
-         mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah
-         catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.
-         pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang wujud pasa masa pemerhatian.
-         mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid
-         membantu guru memahami  perkembanagn murid dari semasa ke semasa

·        rekod frekuensi
-         merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat / sebagai kekerapan )
-         mudah digunakan dan ditafsir
-         menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami
-         carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30% solidarity  dan 50% secara unoccupied

·        rekod harian
-         mencatat perkembangan murid  bagi satu jangka masa yang panjang.
-         tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada ( perkembangan)
-         step by step progress over a period of time
-         satu cara yg informal

·        senarai semak ( check list)
-         specific behavior
-         given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam pemerhatian

·        skala  ( rating scale)
-         menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,
     sederhana, lemah